10 Panduan Umrah DIY

Umrah DIY (Do-It-Yourself) ertinya merencana dan mengatur perjalanan Umrah secara sendiri tanpa melalui Travel agen . Walaupun DIY ini menuntut lebih banyak persiapan dan rencana awal, tetapi ianya memberikan fleksibiliti dan penjimatan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu dalam merencanakan Umrah secara DIY:

1. Persiapan Dokumen
Pasport: Pastikan pasport masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum keberangkatan.

Visa: Terdapat 2 jenis visa untuk membolehkan kita masuk ke Arab Saudi untuk melaksanakan umrah iaitu visa pelancong dan visa umrah . Visa pelancong boleh dibuat secara online melalui website e-visa Saudi di https://visa.visitsaudi.com. Bayaran akan dikenakan secara online menggunakan kad debit/kredit. Manakala untuk mendapatkan visa umrah anda boleh hubungi mana-mana travel agent terdekat. Bayaran visa umrah sedikit lebih mahal dari visa pelancong kerana kelebihan yang ada pada visa umrah.

Gambar visa : Samada visa pelancong atau visa umrah keduanya memerlukan gambar berukuran 4x6cm berlatar belakang putih. Untuk visa pelancong , anda akan diminta untuk memuat naik gambar ini semasa membuat pembelian secara online di website e-visa saudi. Manakala visa umrah pula, anda perlu menyerahkan gambar visa ini kepada travel agen untuk urusan mendapatkan visa umrah

Buku Vaksin: Vaksinasi meningitis dan COVID-19 biasanya diperlukan (bergantung kepada keadaan semasa), jadi pastikan anda mendapatkan suntikan dan memiliki bukti vaksinasi yang sah di klinik kesiahatan awam atau swasta sebelum tarikh penerbangan.

2. Tiket Kapal terbang
Bandingkan harga tiket di beberapa platform seperti Skyscanner, Google Flights, atau platform lainnya. Jika boleh, beli tiket lebih awal untuk mendapatkan harga terbaik.
Pertimbangkan juga penerbangan transit. Kadang-kadang penerbangan dengan transit ini lebih murah.

3. Penginapan
Pilih penginapan yang dekat dengan Masjidil Haram (Makkah) atau Masjid Nabawi (Madinah) untuk memudahkan akses. Anda bosa menggunakan aplikasi seperti Booking.com atau Agoda untuk mencari hotel sesuai bajet anda.
Jika bajet kurang, cari penginapan yang sedikit lebih jauh tetapi mempunyai shuttle bus ulang alik Masjid

4. Transport
Antara Kota (Makkah – Madinah): Gunakan transport awam seperti bas SAPTCO atau keretapi laju Haramain. Google saja untuk mendapatkan website pembelian tiket.
Di Dalam Kota: Gunakan teksi atau e-hailing seperti Uber atau Careem (macam grab)di Saudi.

5. Rancang Perjalanan
Makkah: Rancang ibadah di Masjidil Haram, termasuk tawaf, sai, dan tahallul. Rancang juga untuk mngunjungi tempat-tempat seperti Gua Hira dan Jabal Nur.
Madinah: Kunjungi Masjid Nabawi, Raudhah, dan makam Rasulullah. Anda juga bosa mengunjungi tempat-tempat penting seperti Masjid Quba dan Jabal Uhud.
Pastikan jadual yang fleksibel, tetapi tetap fokus pada ibadah utama.

6. Pelajari Rukun dan Tata Cara Umrah
Pastikan Anda sudah memahami semua rukun dan tata cara Umrah sebelum berangkat. Ilmu umrah boleh didapati dengan belajar secara online di youtube atau hubungi travel agen untuk menghadiri kursus umrah kerana biasanya travel-travel agen membuat kursus umrah secara percuma. Anda juga boleh pertimbangkan untuk mengambil khidmat mutawwif atau pembantu semasa anda di Saudi. Biasanya petugas atau mutawwif akan mengambil upah sekitar 2000-3500 riyal untuk tugasan selama 11 hari 10 malam. Tugas pembantu atau mutawwif selain membimbing umrah, mereka juga boleh menjemput dan menghantar pulang di/ke lapangan terbang , membawa anda berziarah dan lain-lain tugas.

7. Muat turun Aplikasi Penting
Aplikasi Tawakkalna: Wajib digunakan untuk memasuki masjid dan tempat umum.
Aplikasi Eatmarna: Diperlukan untuk memesan slot Umrah dan slot masuk ke Raudhah.
Peta dan Navigasi: Sekiranya anda tidak menggunakan khidmat mutawwif di Saudi , Gunakan Google Maps atau aplikasi maps yang lain

8. Anggaran Kos
Buat anggaran yang jelas dan terperinci kos keseluruhan yang meliputi perkara seperti :
Tiket Kapal terbang. Cari tiket promo dan pertimbangkan waktu keberangkatan ketika low season iaitu bukan cuti sekolah.
Penginapan. Pastikan jumlah malam anda akan tinggal di Makkah dan Madinah.
Pengangkutan. Pastikan pengangkutan anatara kota dan pergerakan dalam kota termasuk dalam anggaran kos
Makanan. Banyak restoran di sekitar dan Mekah dan ianya murah, namun restoran makanan melayu agak sedikit mahal di restoran tetapi jika anda ingin makanan nusantara 3 kali sehari , dengan kadar yang lebih murah , hubungi travel agen untuk tempahan awal.

9. Persiapan Fizikal dan Mental
Lakukan senaman ringan untuk menjaga dan meningkatkan stamina. Umrah memerlukan banyak berjalan kaki, terutama saat tawaf dan sai. Persiapkan mental untuk menghadapi jumlah orang yang sangat ramai kerana kita akan berhadapan dengan bermacam-macam kareanh dan perangai orang yang mana memerlukan ketundukan jiwa.

10. Persiapan Barang Keperluan
Bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca Arab Saudi. Pakaian ringan dan longgar adalah disarankan kerana cuaca boleh menjadi sangat panas. Jangan lupa untuk membawa barangan peribadi seperti sandal yang mudah dibawa masuk ke dalam masjid, pelembap kulit, losyen pelindung matahari, ubat-ubatan, serta alat pengecas mudah alih.

Dengan perancangan yang teliti, Umrah DIY dari Malaysia dapat dijalankan dengan lancar dan lebih menjimatkan.

         

         

        Leave a Reply

        Your email address will not be published. Required fields are marked *

        w

        Tempahan Anda

        Anda belum ada tempahan

        Subtotal
        RM0.00
        0