Tentang Kami
KASIH Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Mei 2015 (No. Lesen: 1145465-A) yang dahulunya menggunakan nama IMTIYAZ SABAH Sdn Bhd. KASIH Travel & Tours Sdn Bhd mempunyai pengalaman di dalam mengendalikan perniagaan pelancongan sejak 2013 di bawah syarikat pelancongan IMTIYAZ Travel & Tours Sdn Bhd. Bermula tahun 2020, KASIH Travel & Tours Sdn Bhd telah mengorak langkah dan komited bergerak sebagai sebuah syarikat pelancongan dan telah didaftarkan (No Lesen: KPK/LN: 9971) yang membenarkan syarikat ini beroperasi menjalankan :
- Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound)
- Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negara (Outbound)
- Perniagaan Agensi Pengembaraan (Ticketing)
- Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah.
KASIH Travel & Tours juga merupakan ahli kepada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH) No Ahli: PP 763 dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) No Ahli: 1048. Kami juga mempunyai komunikasi yang baik dengan syarikat-syarikat pengendali di luar negara, syarikat penerbangan domestik/ luar negara, syarikat takaful/ insurance, sektor kerajaan, swasta dan NGO di dalam jalinan hubungan strategik dan perniagaan.
PENGALAMAN KAMI
Sepanjang hampir 10 tahun terlibat secara langsung di dalam industri ini, kami telah mengendalikan pelbagai pakej -pakej pelancongan termasuklah umrah, pelancongan luar negara dan pelancongan dalam negara. Perkhidmatan kami tidak hanya terhad kepada pakej-pakej yang telah disediakan tetapi juga menumpukan kepada pakej-pakej khas mengikut keperluan para pelanggan seperti Pakej Umrah Keluarga (2017), Pakej Umrah Berkumpulan bersama Pembimbing Mutawwif (2013-Sekarang), Pakej Ke Luar Negara Kelab Staff dan Guru Ke Beijing (2013), Bandung (2014), Krabi (2016), Brunei (2018), Pakej Ke Luar Negara Kumpulan Pelanggan Tetap (Turki (2019), Korea (2018), New Zealand (2019), Vietnam (2017-2019), Pakej Lawatan Penanda Aras Sekolah Kluster Ke Melbourne, Australia (2016), Pakej Lawatan Sekolah ke Negeri Terengganu (2018), Pakej Lawatan Pelancong Arab Ke Sabah (2018), Pakej Mesyuarat Persatuan Guru Besar Negeri Sembilan Ke Sabah (2020) dan banyak lagi.
KEKUATAN KAMI :
- Harga yang telus (Tidak terdapat kos tersembunyi)
- Tour Leader / Mutawwif yang berkebolehan mengendalikan kumpulan dan mempunyai pengalaman.
- Pengurusan tempahan yang mudah.
- Pakej sesuai dengan nilai yang ditawarkan.
- Ruang komunikasi yang baik.
Menjadi penyedia perkhidmatan umrah dan pelancongan Islam terkemuka di Sabah dan seluruh Malaysia, dengan komitmen terhadap kecemerlangan, integriti, dan pematuhan syariah.
- Menawarkan pakej umrah dan pelancongan yang berkualiti tinggi, mampu milik, dan memenuhi keperluan pelanggan pelbagai segmen.
- Memberikan bimbingan dan khidmat pelanggan yang unggul sepanjang pengalaman perjalanan, dari pendaftaran hingga pulang ke tanah air.
- Menggunakan teknologi moden untuk memudahkan tempahan, komunikasi, dan operasi perjalanan.
- Memastikan perjalanan pelanggan sentiasa patuh kepada syariah, selamat, dan memuaskan.
- Amanah: Menjalankan perniagaan dengan kejujuran dan integriti.
- Profesionalisme: Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
- Keselesaan: Memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan memuaskan.